Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membuka peluang kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang ingin mengikut Program Cuti Belajar Tanpa Gaji Tanpa Biasiswa (CBTG TB) Ambilan Tahun 2014 bagi mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran.
Sehubungan itu, PPP yang sedang berkhidmat dengan KPM dan berminat untuk mengikuti program ini boleh mengemukakan permohonan tersebut kepada Bahagian Tajaan Pendidikan (BT) bagi mengikuti pengajian secara sepenuh masa di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) serta Universiti Luar Negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
Muat Turun
- Maklumat Iklan Tawaran Program CBTG TB 2014
- Surat Edaran Tawaran Program CBTG TB 2014
- Syarat-syarat Permohonan CBTG TB
- Tatacara Permohonan CBTG TB
- Prinsip-prinsip Pemberian CBTG TB
- Urusan Perkhidmatan Semasa CBTG TB
- Senarai Semak Permohonan Cuti Belajar
- Borang Permohonan Cuti Belajar
- Borang Perakuan Ketua Jabatan
- Borang Perakuan Kedudukan Kewangan
- Borang Maklumat Pinjaman Pendidikan
- Borang Maklumat Politik
Sumber : MOE