Adalah dimaklumkan bahawa Unit Perhubungan dan Pendaftaran, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Sarawak sedang mengemaskini dan merangka Direktori dan Takwim Jabatan Pendidikan Sarawak 2014.
Sehubungan dengan itu, Sektor / PPD / Bahagian / Institusi yang berkaitan dipohon untuk melengkapkan lampiran-lampiran seperti yang tersebut di bawah bagi tujuan tersebut.
Direktori 2014 yang telah dikemaskini hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya
21 Oktober 2013 (Isnin), manakala
Takwim 2014 yang telah dilengkap isi diserahkan sebelum atau pada
25 Oktober 2013 (Jumaat) kepada Unit Perhubungan dan Pendaftaran, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Sarawak secara serahan terus
atau faks (082-473730)
dan melalui emel
hnd.sps@gmail.com.
Berikut adalah salinan "soft copy" lampiran-lampiran yang berkaitan untuk makluman dan tindakan pihak yang berkenaan.
Lampiran Direktori 2014
- Lampiran A (format untuk tindakan semua IPGM di Sarawak, PPSMS, MGBS, KGBS, STU, KGS dan IAB sahaja)
- Lampiran A (format untuk tindakan Sektor, Pejabat Pendidikan Daerah, BTPN dan JNJK sahaja)
- Tarikh Akhir Serahan : 21 Oktober 2013 (Isnin)
Lampiran Takwim 2014(Untuk tindakan semua Sektor, BTPN dan Audit Dalam sahaja)
- Lampiran 1 (maklum balas cadangan mesyuarat-mesyuarat yang berkaitan dengan Siri Mesyuarat Jabatan Pendidikan Sarawak Tahun 2014)
- Lampiran 2 (maklum balas cadangan mesyuarat / aktiviti penting sepanjang tahun 2014)
- Tarikh Akhir Serahan : 25 Oktober 2013 (Jumaat)
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi ;
- Direktori 2014 : Encik Ho Khee Loke di talian 082-473714
- Takwim 2014 : Mohd Sophian bin Mohd Ali Yakop di talian 082-473732